Tuesday, May 31, 2016

UMRAH 27 MAY 2016

Assalamualaikum,

Alhamdulillah jemaah Assolihin Travel telah selamat berangkat ke tanah suci pada 27 May 2016 dan 29 May 2016 untuk menunaikan umrah. Kali ini jemaah kami dibahagikan kepada tiga penerbangan dan akan digabungkan semula setibanya di Medinah.

Jemaah kami sedang mendengar taklimat sebelum berlepas

Jangan risau tentang makanan; milo, nescafe dan makanan kering ada kami bawa dari Malaysia

Jemaah sedang khusyuk mendengar taklimat dari Ustazah Norizah sebelum menaiki kapal terbang





Bacaan doa sebelum berangkat



di Pelepasan Antarabangsa

Jemaah kami yang perlu bertolak pada jam 2 pagi, 29 May. Mereka transit ke Dubai sebelum menuju ke Medinah

Mereka akan bercuti di Dubai setelah pulang dari mengerjakan Umrah dan sebahagiannya akan ke London sebelum pulang ke Malaysia. Alhamdulillah As-solihin mampu menguruskan perjalanan umrah dan penerbangan percutian mereka.


Semoga semua berjalan lancar dan ibadah dilaksanakan diterima Allah S.W.T

Thursday, May 19, 2016

JOM UMRAH SYAABAN


Ni gmbr 1 family yg sempat berposing di Jabal Uhud Madinah

Ini pula gmbr jemaah kami yg katanya sahabat baik di dunia dan akhirat(kwsn SAIE)

Sungguh ceria melihat Pasangan suami isteri ini di depan Kaabah

Monday, May 9, 2016

UPAH HAJI 2016


Assalamualaikum,

Disini kami lampirkan poster teebaru kami berkenaan upah haji 2016.



Maksudnya: “Barangsiapa yang mengerjakan
haji bagi kedua ibubapanya selepas wafat mereka,
maka disuratkan oleh Allah baginya kelepasan
dari neraka dan orang yang dihajikan baginya
pahala satu haji yang sempurna dan tiada kurang
pahala dari keduanya sedikitpun”.

(Riwayat Imam al-Baihaqi dan Ibni ‘Asakir)

Friday, April 22, 2016

PAKEJ UMRAH 2017

Assalamualaikum,

Dengan ini kami amat berbesar hati untuk memaklumkan para jemaah berkenaan pakej kami bagi akhir tahun 2016 dan tahun 2017.





Wednesday, April 20, 2016

NAMA ANDA BLACKLIST???

Assalamualaikum,

Sekiranya anda berhajat untuk melaksanakan umrah, pastikan nama anda bersih dari sebarang "blacklist" yang menghalang anda untuk ke luar negara. Anda mungkin dihalang untuk ke luar negara disebabkan senarai hitam dari pelbagai agensi kerajaan seperti pihak keselamatan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Jabatan Pendaftaran, LHDN dan PTPTN.

Anda boleh semak status anda DI SINI.

Pastikan juga mempunyai sekurang-kurangnya enam bulan tempoh sah laku pasport.

Thursday, April 14, 2016

PEMBAHARUAN LESEN

AS-SOLIHIN TRAVEL SDN. BHD merupakan sebuah agensi pelancongan yang berdaftar dengan MALAYSIAN ASSOCIATION OF TOURS & TRAVEL AGENTS (MATTA).

AS-SOLIHIN TRAVEL SDN. BHD (971632-H) (KPK/LN:7329)

 

Monday, April 4, 2016

Thursday, February 25, 2016

Galeri As-Solihin

Staff As-Solihin sedang memberikan penerangan mengenai pakej yang kami tawarkan


Gambar salah seorang pekerja As-Solihin ketika berada dihadapan Kaabah. Mereka baru sahaja selesai mengerjakan tawaf dan Ketika ini juga syarikat As-Solihin menghadiahkan Pakej HONEYMOON kepada pekerja sebagai tanda penghargaan ke atas kesetiannya di syarikat kami dalam menguruskan segala urusan jemaah.

Jemaah wanita bergambar dengan Mutawwifah setelah selesai masuk ke Raudhah





JEMAAH 16 FEB 2016

As-solihin Travel Sdn. Bhd. sekali lagi telah menghantar jemaahnya untuk mengerjakan umrah pada 16 Februari 2016. Pada kali ini, seramai 33 jemaah telah memilih kami sebagai agensi untuk menguruskan umrah mereka.

Pengurusan beg jemaah sebelum check-in

Jemaah dari Johor Bharu yang diketuai oleh Hajah Aneng@Hanim sebelum berangkat ke Mekah untuk melaksanakan umrah

candid gelagat jemaah sebelum berlepas





Hotel pilihan As-Solihin Travel di Madinah, Al-Majeedi Arac Suites

Jemaah As-Solihin yang tiba di Hotel Al-Majeedi Arac Suites


Salah seorang jemaah yang sarat mengandung dan masih dibenarkan untuk mengerjakan umrah dengan syarat melakukan medical check-up terlebih dahulu dan mendapat keizinan doktor "fit to travel" serta diiringi doa dan keizinan Allah s.w.t


Jemaah dibawa membeli-belah di Shopping mall untuk dijadikan ole-ole untuk dibawa pulang ke Malaysia

Bas yang menunggu jemaah untuk lawatan Mekah



JEMAAH 15 JANUARI 2016

Assalamualaikum,

Alhamdulillah pada 15 Januari 2016, seramai 88 orang Jemaah As-Solihin Travel Sdn. Bhd. telah selamat mengerjakan Umrah dengan jayanya.


Sebahagian jemaah yang sempat bergambar di KLIA sebelum berangkat ke Mekkah

Ketua kumpulan 15 Januari,Puan Norusyuhada dan keluarga ketika berada di atas kapal terbang. Mereka menambah sedikit bayaran dari harga pakej bagi mendapatkan "business class". Kami menggunakan perkhidmatan Flynas sebagai penerbangan pilihan.

Jemaah ketika sedang melakukan sa'ie


Jemaah As-Solihin dibawa ke ladang kurma sebagai salah satu destinasi lawatan

Ketika hendak melaksanakan ibadah di Masjidil Haram...



Pekerja As-Solihin bergambar bersama mutawwif setelah selesai mengerjakan sa'ie

Jemaah yang bersedia untuk berangkat pulang ke Malaysia


Tuesday, February 23, 2016

APAKAH ITU UMRAH??

APAKAH ITU UMRAH??
Umrah dari segi bahasa seperti umum sedia maklum adalah ziarah. Dari segi istilah pula, Umrah bermaksud mengunjungi Baitullah Al-Haram (Ka'abah) untuk mengerjakan ibadah tertentu dengan sentiasa menjaga segala syarat-syarat wajib Umrah serta meninggalkan perkara yang dilarang semasa di dalam ihram dan boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Umrah sedikit berbeza berbanding Haji yang mana Rukun Umrah terdiri daripada Niat Ihram, Tawaf, Saie antara safa dan marwah, Bercukur atau bergunting, dan Tertib. Wajib umrah pula cumalah niat ihram di Miqat dan meninggalkan perkara-perkara larangan umrah.

Perkara-perkara larangan Umrah adalah:
  1. Memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
  2. Memakai wangi-wangian.
  3. Memotong kuku.
  4. Memotong rambut atau menghilangkan mana-mana bulu di anggota badan.
  5. Menutup kepala bagi lelaki
  6. Menutup muka bagi perempuan
  7. Memakai minyak rambut
  8. Mencabut tumbuh-tumbuhan
  9. Berburu
  10. Bernikah atau menikahkan
  11. Melakukan persetubuhan

Apabila berada di Tanah Suci, jemaah boleh membuat seberapa banyak mungkin Umrah bergantung kepada keinginan dan keupayaan mereka. Semoga ibadah yang dilaksakankan diterima dan diredhai Allah S.A.W.


Jemaah Disember 2015

Alhamdulillah, Kumpulan jemaah umrah As-Solihin Travel Sdn. Bhd. untuk 9 Disember 2015 telah selamat pergi untuk menunaikan umrah dan pulang ke Malaysia pada Disember 2015.




Gambar diambil ketika jemaah mahu berangkat dari KLIA 2.


Thursday, February 4, 2016

Program Wakaf As-Solihin

  • WAQF AL-QURAN

Ø Madinah       : RM 50
Ø Mekah           : RM 50


  • WAQF MADRASAH

Rayuan derma/zakat bagi pembinaan asrama dan surau
(Bank Islam: SAR AS SOLIHIN 120 380 100 37467)



Aqiqah dan Qurban

Kami juga ada menawarkan perkhidmatan aqiqah dan qurban bagi mereka yang berminat. Berikut adalah keterangan mengenai aqiqah dan qurban.

  •  AQIQAH

Ø Kambing ( Mekah)
-          RM 500/ekor
-          Lelaki ( 2 ekor)

*Program ini berlangsung sepanjang tahun

  • QURBAN 
Ø Unta (Mekah)          : RM 600/ bahagian

Ø Lembu (Kemboja)   : RM 300/ bahagian

* Anda boleh memilih untuk membuat ansuran bulanan RM 50/bulan




BERMINAT???
HUBUNGI SEGERA : 019-382 4744 (CIKGU AZMAN)


Badal (Upah) Haji

As-solihin Travel Sdn. Bhd. juga ada menawarkan perkhidmatan upah haji. 

·    SEMENANJUNG (RM 1500)
ü     1 HAJI
ü     UMRAH
ü     SIJIL
ü     HADIAH
ü     TAHLIL

·    SABAH & SARAWAK (RM1600)
ü     1 HAJI
ü     UMRAH
ü     SIJIL
ü     HADIAH
ü     TAHLIL


"Di situ ada tanda-tanda keterangan
yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya;
di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan
sesiapa yang masuk ke dalamnya, maka aman
tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia
mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi
Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai
kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan
kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya
Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun)
dari sekalian makhluk."
(Surah ali Imran, ayat 97)               


DOKUMEN YANG DIPELUKAN

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Passport
  3. Gambar 4 Keping berlatar belakang PUTIH (6x4 CM). Lelaki tanpa songkok. Perempuan bertudung Gelap
  4. Buku/ Surat suntikan MENINGGOCOCAL  (ACYW135)
  5. Sijil kelahiran diperlukan sekiranya bermahramkan bapa bagi yang berumur 45 tahun ke bawah sahaja. Beserta cop disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra
  6. Sijil Nikah diperlukan jika bermahramkan suami bagi yang berumur 45 tahun ke bawah sahaja serta cop disahkan oleh Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra
  7. Surat Rasmi @ Surat keizinan suami atau bapa kepada jemaah yang bermahramkan ahli keluarga sendiri seperti ( atok, abang, pakcik dan seangkatan dengannya)
  8. Diperlukan juga surat izin beserta cop Pesuruhjaya Sumpah (sila rujuk kakitangan syarikat)


DOKUMEN TAMBAHAN YANG DIPERLUKAN


1.     ISTERI PERGI TANPA SUAMI
1.1.                     Bermahramkan adik beradik (abang, adik lelaki)
ü Surat Beranak diri sendiri
ü Surat Beranak mahram
ü Surat izin (Consent Latter) dari suami dan salinan kad pengenalan beserta cop pengesahan daripada Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra

1.2.                     Bermahramkan atuk sebelah bapa
ü Surat Beranak diri sendiri
ü Surat Beranak ibu dan bapa
ü Sijil Nikah atuk

2.     Wanita Bujang (di bawah umur 45 tahun);
Perempuan di bawah umur 18 tahun
2.1.                     Bermahramkan bapa
ü Surat Beranak diri sendiri
ü Sijil Nikah ibu bapa

2.2.                     Bermahramkan adik beradik (abang, adik lelaki)
ü Surat Beranak diri sendiri
ü Surat Beranak mahram
ü Surat izin (Consent Latter) adik beradik lelaki lain beserta cop pengesahan daripada Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra
                         *mahram mestilah berumur 18 tahun ke atas

      2.3.                     Bukan warganegara
                   ü Noutry Public

3.     Perempuan di bawah umur 12 tahun
3.1.                     Diwajibkan untuk pergi dengan ibu bapa

3.2.                     Sekiranya bapa telah meninggal dunia;
ü Surat mati bapa beserta cop pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara

3.3.                     Bermahramkan atuk sebelah mak (bapa meninggal)
ü Surat Beranak mak
ü Sijil Nikah atuk dan nenek

3.4.                     Bermahramkan pak cik sebelah mak (bapa meninggal)
ü Surat izin (Consent Latter) pak cik lain atau atuk sebelah mak beserta cop pengesahan Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra

4.     Lelaki di bawah umur 18 tahun
ü Surat izin (Consent Latter) daripada bapa atau waris beserta cop pengesahan Pesuruhjaya Sumpah dan Wisma Putra
*wajib untuk pergi bersama mahram

4.1.                     Bermahramkan bapa
ü Surat Beranak diri sendiri
ü Sijil Nikah ibu bapa





Borang Umrah As Solihin 2016



BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU / KELUARGA / BERKUMPULAN




PROMOSI UMRAH 2016!!!