Tuesday, February 23, 2016

APAKAH ITU UMRAH??

APAKAH ITU UMRAH??
Umrah dari segi bahasa seperti umum sedia maklum adalah ziarah. Dari segi istilah pula, Umrah bermaksud mengunjungi Baitullah Al-Haram (Ka'abah) untuk mengerjakan ibadah tertentu dengan sentiasa menjaga segala syarat-syarat wajib Umrah serta meninggalkan perkara yang dilarang semasa di dalam ihram dan boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Umrah sedikit berbeza berbanding Haji yang mana Rukun Umrah terdiri daripada Niat Ihram, Tawaf, Saie antara safa dan marwah, Bercukur atau bergunting, dan Tertib. Wajib umrah pula cumalah niat ihram di Miqat dan meninggalkan perkara-perkara larangan umrah.

Perkara-perkara larangan Umrah adalah:
  1. Memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
  2. Memakai wangi-wangian.
  3. Memotong kuku.
  4. Memotong rambut atau menghilangkan mana-mana bulu di anggota badan.
  5. Menutup kepala bagi lelaki
  6. Menutup muka bagi perempuan
  7. Memakai minyak rambut
  8. Mencabut tumbuh-tumbuhan
  9. Berburu
  10. Bernikah atau menikahkan
  11. Melakukan persetubuhan

Apabila berada di Tanah Suci, jemaah boleh membuat seberapa banyak mungkin Umrah bergantung kepada keinginan dan keupayaan mereka. Semoga ibadah yang dilaksakankan diterima dan diredhai Allah S.A.W.


No comments:

Post a Comment